Thursday 5 July 2012

Cara Nak Tahu Lelaki Betul-Betul Sukakan Perempuan (Serious) (KHAS UNTUK WANITA)

Assalamualaikum..,

Well, kesian betul kan bila aku tengok ramai awek-awek comel di luar sana asyik kena dump dengan lelaki penipu. Berkali-kali kena dump. Aku tak kata semua lelaki penipu. Aku tak pernah kata couple ni haram atau apa. Cuma, jangan couple dengan lelaki yang korang baru jumpa dua tiga hari. Sebab korang sure end up dengan heartbroken.

So, memandangkan Abang A hari ni baik hati. Abang A nak bagi tahu sikit lah apa yang lelaki akan buat bila dia betul-betul suka kat perempuan tersebut.

Dengan kata lain, lelaki tu suka kat korang kalau...


Perangai dia berubah bila bersama dengan korang.
Pernah tak korang jumpa lelaki yang garang gila. Bila lepak dengan member, pakai baju stock mat rempit ah koyak rabak. Rambut pulak tak kalah nak style punk je. Tapi bila dengan gadis yang dia sayang, dia jadi lembutttt sangat. Lembut macam bukan setakat pijak semut tak mati tapi pijak gajah pun tak terasa. Suara pun romantik je bila tengah gayut. 

Lelaki macam ni memang taste perempuan suka. Ah, tak payah cakap you girls nak lelaki yang muka jambu macam pelakon korea. Bullshit je semua tu. Girls zaman sekarang suka lelaki yang muka jahat. Perangai jahat. Tapi baik. Err i mean, iyalah, lelaki tu pakai baju koyak rabak. Rambut punk. Naik motor RXZ. Baju seluar semua hitam. Tapi tolong nenek tua lintas jalan. Perh, confirm cair perempuan tengok.


Bila lelaki luangkan masa dengan korang.

Korang tahu tak betapa specialnya korang kalau ada lelaki pause dota semata-mata kerana korang? KORANG TAU TAK? God... seriously korang kena sedar nak-nak bila lelaki tu tengah main DOTA online (Garena). Lelaki kalau dia gilakan dota, dia memang akan utamakan dota. Tapi once dia utamakan korang, maknanya dia utamakan korang dari game? It's a big deal. Duh.



Dan biasanya, kalau lelaki tu suka kat korang, dia akan cuba sebaik mungkin untuk cari masa untuk korang. Tak kira lah situasi apa sekalipun, dia mesti akan ada masa untuk korang ye tak? Paling busuk pun tengah lunch mesti dia boleh text kan? Dan bila dia kata 3 hari straight dia tak ada masa langsung untuk anda, itu maksudnya anda dalam bahaya dan mungkin anda dah membosankan dia.



Dia mula kenalkan korang dengan famili dan kawan dia.
Ini adalah benda yang amat common. Aku nak cerita pun malas. Tapi bila si lelaki ajak lepak-lepak dengan kawan-kawan dia, tu ada beberapa maksud. First, itu bermaksud dia nak cakap "Oi kawan-kawan, tengok ah sini. Walaupun aku huduh, tapi awek aku comelllll. Tak macam korang. Muka handsome. Tapi awek tak der gak. Dan maksud yang ke dua adalah... Wait, why the hell bila lelaki kenalkan awek dia kat kawan-kawan dia bermaksud lelaki tu serious?

Yes, dia akan kenalkan korang kat kawan-kawan sebab lelaki dan kawan-kawan memang tak boleh di pisahkan. Dan kalau boleh, lelaki nak semua kawan-kawan dia berkawan dengan si awek. So boleh la si lelaki tu keluar dengan awek dia bersama kawan-kawan dia. Dan pada masa yang sama, lelaki tak nak si perempuan tu mengongkong dia dari keluar dengan kawan-kawan lelaki.


Bila korang lari, lelaki tu akan kejar.
Lelaki mudah bosan. Iya. Kadang-kadang, dia rasa nak main game je memanjang. Dia mungkin akan main PC game sampai ignore awek dia. Tapi once dia habis main that game, dia akan mula tercari-cari awek dia. Then bila awek dia ignore, perh, lagi la si lelaki rasa nak cari. Yup, semakin perempuan lari, semakin kuat lah si lelaki kejar. Well, aku pernah tonton sebuah movie di Diva. Tajuk citer tu adalah Play The Game. Antara quote dalam movie tu adalah

"Love; You either know it when you meet her, or when you lose her." 

So bila si lelaki tu rasa dia kehilangan that girl, dia biasanya akan rasa gelabah. Masa ni lah korang boleh gelak-gelak tengok apa yang dia buat untuk dapatkan you balik. Fun thing yang lelaki biasanya tak boleh buat kat perempuan.


Kalau dia betul-betul suka kat korang, dia akan hormat segala batas.
Hormat yang aku maksudkan di sini adalah pergaulan korang. Tak adanya kalau korang bercouple, si lelaki usap-usap tangan korang sambil bayangkan benda bukan-bukan. Dan tak adanya lelaki tu pandang punggung korang sambil meleleh air liur. Okay fine memang ada. Tapi lelaki macam tu mostly kejar seks semata-mata. Dan kebanyakkan girls adalah bodoh tak bijak sebab fall for him.

Tapi cuba you all fikir balik. Andai kata korang sayangkan satu benda, korang nak jaga elok-elok tak? Kalau aku lah kan. Kalau aku jumpa seorang awek comel, bertudung litup, muka suci then pakai baju kurung setiap hari, aku rasa macam nak culik dia dan sorok dalam almari. Iyelah. Dia tu comel. Tapi macam mana kalau ada lelaki playboy yang jahat tapi pandai mengurat nak tackle dia? Macam mana kalau awek tu TERjatuh cinta kat that boy? Mesti rosak that girl kan? See, aku dah kata aku ni baik korang je tak percaya. *Ehem.* 
hahaa~
^_^


Tapi korang kena ingat. Lelaki ni pandai. Perempuan pula tak berapa nak pandai. Eley, perempuan belajar tinggi-tinggi tapi balik-balik kena tipu dengan lelaki lepasan SPM gak. End up masuk bilik gak.

Yes, most of perempuan tahu yang lelaki serious bila lelaki tu ajak kahwin. Tapi korang kena ingat. Lelaki pun tahu yang perempuan tahu. So, bila-bila masa je lelaki boleh ajak perempuan tu kahwin dan berpura-pura serious. Then bila perempuan setuju dan happy gila, si lelaki dengan bijaknya akan berkata "You you. Kita akan kahwin nanti kan. So, apa kata you buktikan cinta you kat I. Malam ni check in hotel jom?"

Eh! jangan terkejut kalau aku kata eamai dah terpedaya dengan lelaki buat ayat macam tu.

Dan, conclusionnya, yes, seseorang lelaki tu MUNGKIN sukakan kau kalau dia buat benda-benda di atas. Persoalannya, lama mana dia akan suka kat kau?

4 comments:

  1. gorgeus la abang A... haha nice celoteh but semua tu tepat.. nasib my future H walupon bz,, tp dia xpenah lupe .. dlm sehari msti ade gak time beGAyut O_o

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. abang A ikut pengalaman abang A sendiri. Semuanya kenyataan. ^_^

      Delete
  2. uish.. ni mst byk cople... haaa kantoi pulak

    ReplyDelete
  3. err~ bnyk couple. alaa~ biasa la dah break sebulan 2 coule lain pulak. Bukan Abang A sorg je. Ramai lagi. huhu

    ReplyDelete