Wednesday 20 March 2013

REALITI HIDUP


Hidup ini tak pernah lari dari dugaan dan cabaran,

Ada yang diduga dengan kesempitan wang, diduga dengan penyakit, diduga dengan kesedihan akibat kematian, diduga dengan pengkhianatan orang yang disayangi, dan sebagainya..Tatkala diri cuba untuk mengenal apa itu kegembiraan dan kebahagiaan, sesuatu yang tidak disangka datang menerpa..

 itulah lumrah hidup di dunia ini.. Kita sentiasa diuji.. Tanda kita sedang dalam pemerhatian Yang Maha Esa.

Namun begitu, kenapa ada di antara mereka  yang sangat suka melihat orang lain berada dalam kesusahan dan kesedihan.. Seolah olah sengaja mencipta lara dan duka di hati orang lain..


Sememangnya manusia takkan lari dari kesilapan.. Tapi berusahalah agar setiap yang kita lakukan tidak menyakiti mana-mana jiwa...


Apabila kita sedar kita telah melakukan kesilapan, amatlah wajar kita meminta maaf.. Dan berusaha membaiki apa sahaja yang boleh kita baiki.. Masa silam tak dapat diputar kembali, tetapi masa hadapan masih ada untuk kita perbaiki..



Belajarlah menghormati orang lain..Belajarlah untuk selalu bersangka baik terhadap orang lain.. Belajarlah ilmu kehidupan ini dengan hati yang terbuka, diiringi dengan kerendahan hati..



Supaya suatu hari nanti apabila kita disakiti, kita tidak akan membalasnya kepada orang lain.. Supaya kita tabah dalam menghadapi rencah kehidupan.. Supaya kita tahu bahawa setiap orang diuji dengan dugaan yang berlainan.. Supaya kita tidak menyombong diri dan membangga diri dengan kebahagiaan yang kita miliki dan supaya kita sama-sama merasai kepedihan dan kesedihan yang orang lain rasakan..


                   ------------------------------------------------------------------------------------------

Hidup memerlukan motivasi untuk membina 
kekuatan diri dalam menempuh dugaan hidup.. 
Selain itu jangan lupa berdoa pada Yang Maha Esa 
kerana hanya Dia yang dapat memberikan kekuatan pada kita semua..